Wednesday, 11 November 2015

Sifir jawi

 Assalamualaikum kawan-kawan....
 Hari ini saya akan bagi sedikit maklumat tentang sifir jawi...

ANTARA RUNGUTAN yang sering kedengaran daripada guru-guru pembimbing mata pelajaran
Jawi ialah kerapnya berlakunya kesalahan memadankan tulisan rumi kepada Jawi dalam kalangan murid-murid. Sama ada kesalahan pada padanan huruf vokal mahupun padanan huruf konsonan.
Puncanya ialah apabila kita mengharapkan pelajar kita menghafal huruf-huruf Jawi sebanyak 37 huruf itu. Tanpa bahan bantu mengajar, berupa paparan di dinding atau bahan sokongan yang lain atau terlalu bergantung kepada ilmu ‘rasa’ menyebabkan kesilapan akan mudah berlaku.
Salah satu kaedah yang terbaik untuk mengelak daripada berlakunya kesilapan ialah dengan membuat sifir Jawi. Percayakah anda, jika ilmu matematik memerlukan sifir, ilmu Jawi juga memerlukan kaedah yang sama. Kedua-duanya merupakan ilmu kemahiran. Semakin diasuh dan diasah ditambah dengan kreativiti pendidiknya maka cepatlah mahirnya. Berikut ialah contoh kad sifir Jawi yang diperkenalkan oleh Ustazah Dalilah Desa dari SK Membedai, Labuan.
Kad Dalil
“Kad Dalil” seperti ini sangat penting untuk diperbanyakkan atau dipaparkan buat pandangan khalayak. Sifir Kad Dalil ini (dalam bentuk draf) akan memudahkan pengamal Jawi membuat padanan. Jika kad ini dibuat penambahbaikan lagi, bukan sahaja padanan dari satu huruf ke satu huruf bahkan membantu anak-anak  kita membuat padanan bentuk dan kaedah penyambungan huruf. Hal ini kerana huruf tunggal dengan huruf bersambung kaedah menulis dan meletakkan titiknya berbeza. Hanya dengan sedikit kreativiti, manfaatnya akan panjang, lama dan besar pahalanya. – al-Kurauwi

Assalamualaikum kawan-kawan...
Hari ini saya nak tunjukkan contoh surat khabar jawi..
Semoga kite semua dapat membaca jawi dengan mahir..Amin...

Related image

Jom kawan2 kite menyanyi lagu jawi....

Mari Mengenal Huruf-Huruf Jawi...
Mari kite belajar huruf-huruf hijaiyah dari huruf alif sehingga huruf ya..
Semoga kite cepat belajar jawi ye.....


Friday, 6 November 2015

video mahir jawi

Assalamualaikum wbt.

Apakata kali ni sesiapa yang tahu atau mahir membaca jawi,
saya nak TEST korang untuk baca tulisan ni.

Sebelum tu, lihat 'jam' yang ada disekitar anda. Sebolehnya guna Stopwatch/ 'masa yang boleh dihentikan'..   dalam handphone pun ada tu.. kalau tiada tidak apa (tak paksa).
ok yang ada, jari sedia pada key start dan mata tumpukan pada skrin komputer anda sekarang.

sedia..

1..

2..

3..

dan baca...


 سياڤا يڠ ممباچ اڤ يڠ ساي توليس اين. لبيه دري  سڤولوە ساعت.  ايت برمعنا کماهيرن ممباچ توليسن جاوي اندا ماسيه لمه سڤرتي ساي. هي هي هي

Amacam? ada yang lebih atau kurang...? apa pun alhamdulillah, tahu membaca kan..biarpun mata kejap kecik kejap besar... tengah scan huruf lah katakan. 

Lepas ni kita masuk bab sejarah pula, siapa tau angkat tangan..
soalannya berbunyi;-   aiseh,,

Negara apakah yang menggunakan tulisan JAWI sebagai tulisan rasmi dalam semua urusan pentadbirannya?

A. Afrika selatan
B. Arab Saudi
C. Thailand
D. Brunei

aah..jawab-jawab..
soalan mudah kan..jawab dalam hati pun takpa kan, kalau salah bukannya saya  tahu kan. tapi saya harap betullah kan.. banyak lah punya kan'.
memang lah rata-rata kamu akan jawab (D) negara BRUNEI..

Peliklah kalau negara Afrika dan Thailand guna keseluruhan tulisan jawi dalam semua urusan pentadbiran negaranya. kalau Thailand tu takpa la ada jugak, minoriti rakyatnya tau bercakap melayu dan menulis jawi..selalu kita nampak jenis tulisan berangkai-rangkai, gulung2 naik sana sini... 


Aik, sapa tadi jawab Arab Saudi tu? ok ok takpa... tulisan hampir sama kan? bukan saja hampir, tapi memang sama. ada alif', ba' ta' hinggalah ya'.
Tulisan jawi memang berasal dari tulisan ARAB tetapi, huruf-huruf arab ni saja yang digunakan dalam sistem penulisan BAHASA MELAYU...cuma ada penambahan huruf-huruf lain seperti ca', nga' va' ye'

Contohnya: dalam bahasa arab 'Ahlan wa Sahlan'= أهلا وسهلا
tetapi dalam bahasa Melayu pula 'Selamat Datang' = سلمت داتڠ

Huruf sama tapi sebutan berbeza mengikut bahasa. sama tapi tak serupa

hehehehe..jadi cikgu pula hari ni, ntah lah kalau ada murid-murid yang paham..

Menurut wikepedia, sumber sejarah yang boleh dipercayai. alah, masa sekolah pun ada belajar...kan kan?
Tulisan jawi masuk ditanah Melayu hanya selepas kedatangan Islam di Nusantara sejak abad ke-17 lagi.
Siapa tak tahu 'Batu Bersurat Terengganu' -itulah buktinya penggunaan tulisan jawi yang paling awal ditemui di Malaysia.

Bagaimana pula dengan tulisan RUMI?
Alaah, huruf-huruf omputeh A B C hingga Z yang dimasukkan dalam sistem bahasa Melayu.
macam yang sedang ditulis ni.
Tulisan Rumi hanya dijumpai pada kurun ke-19, itu bermakna tulisan Jawi lebih dahulu ditemui. tetapi tulisan RUMI pula yang diguna pakai dalam semua urusan kerajaan hingga ke hari ini

pula?..macam tak ikhlas ja..

Itu sahaja, sekian terima kasih .


Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Adz-Dzikr (Al-Qur’an), dan Kamilah yang akan menjaganya". (Al-Hijr 15:9)




Image result for hebatnya jawi 

Tulisan Jawi (توليسن جاوي), juga dipanggil Yawi di Pattani. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tulisan Jawi bermaksud tulisan yang menggunakan huruf Jawi. Manakala huruf Jawi bermaksud huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu.Tulisan Jawi telah wujud sejak sekitar tahun 1300 M di Kepulauan Melayu. Perkembangannya berhubung kait dengan ketibaan Islam, khususnya daripada orang Parsi. Abjad Arab yang diperkenalkan ini diubah suai agar sesuai dengan bahasa Melayu klasik lisan. Tulisan Jawi ditulis dari kanan ke kiri, dan ditokok dengan 6 huruf yang tiada dalam bahasa Arab, iaitu ca pa, ga nga va dan nya.